BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Teman Sejati

Thursday, August 25, 2011

Subuh Gadis

Assalamualaikum kengkawan, salam subuh...huhuh..amacam sahur td??mam pe jep??hahaha, axo?mam lauk smlm lar..rendang ayam mama masak la.=),STOP!!! knp kaw bgon subo??mukan koe ta pose ke??hahahha,mungex..kaw hengat bendera merah axo berkibar sbulan ke??da turun da pon bendera jepon uh..huhu.....so, pepagi yg mulia niyh axo nk share pasal solat subuh lorh..huhu...ha!korunx ni..dah solat subuh ke blum????


kalu dah, alhamdulilah....klu blum, cpt g solat!!janan na mls2 eks..puk muntot kunx..hahhaha....ok, axo nk share bout ganjaran n kepentingan solat subuh niyh...axo amik text ni dr.. http://sabiluna.socialgo.com/members/profile/79/blog-view/blog_15.htm harap2 ta marah ea klu kte share2 benda baek...huhu..ok, let go!..

Ganjaran Solat Subuh & Kepentingannya

1. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
❝ Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah s.w.t.. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah s.w.t. dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.❞
〈« Hadith riwayat Muslim »〉

bile mak or ayah kejut, bgon la ea..
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, "as-Subhu" atau "as-Sabah" adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadith mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

3. Rasulullah s.a.w. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau "Subuh gajah", iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

4. Rasulullah s.a.w. mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

5. Salah satu keutamaannya ialah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadith :
❝ Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).❞
〈« Hadith riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah »〉

Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyyah paling dekat dengan Allah s.w.t..Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah s.w.t..
6. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

❝ Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.❞
〈« Surah al-Kahfi,18 ; ayat 28 »〉


7. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadith: 
Dari Aisyah r.ha telah bersabda Rasulullah s.a.w. :
❝ Dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.❞
〈« Hadith riwayat Imam al-Tirmdizi »〉

Begitulah keistimewaan solat Subuh.Jadi, apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
8. Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
❝ Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh. ❞
〈« Hadith riwayat Muslim »〉

9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
❝ Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.❞
〈« Hadith riwayat Bukhari »〉

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah s.w.t..
10. Rasulullah s.a.w. memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
❝ Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah s.w.t. akan menuntutnya, sehingga Allah s.w.t. akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.❞
〈« Hadith riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah »〉

0 comments: